Thursday, February 27, 2020

Yang Paling Tidak Ku Duga

Anak jati Pasir Puteh, Kelantan.



Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada yang membaca blog saya ini. Semoga para pembaca diberikan kesihatan dan keselamatan sentiasa. Hehehe.. 😁😁😁

Tanpa membuang masa korang nak baca blog ni, sebenarnya post saya kali ni menceritakan tentang pengalaman saya ketika memancing bersama kawan-kawan saya iaitu Arib, Mad dan Wan di pantai Tok Bali, Pasir Puteh, Kelantan.

Nak dipendekkan cerita, kami dah rancang untuk memancing bersama lebih kurang seminggu sebelum hari kejadian. Disebabkan cuaca Malaysia yang agak panas, kami memancing pada waktu malam selepas solat Isyak lebih kurang pukul 9.30 malam.

Masjid? Haa fikir-fikirlah kami pergi ke tak. Hahaha. Alhamdulillah.. Kami pergi ye geng, sebab mak kami suruh. Kata mereka untuk permudahkan segala urusan.

Okay, done ceramah!

Jadi setibanya kami di sana, kami perasan yang malam tu kurang orang memancing. Biasanya dah ramai yang berkumpul dan tempat untuk memancing pun agak terhad.

Kami memilih untuk memancing di atas batu yang menjadi laluan ke arah rumah api.

Semasa menunggu ikan makan umpan, kami berbual-bual dahulu. Oh! Lupa nak bagitau. Kami meletakkan loceng pada setiap joran kerana dalam keadaan gelap kitorang tidak nampak hujung joran bergetar. Jadi, loceng tersebut akan berbunyi menandakan ikan sudah makan umpan.

Jam waktu tu lebih kurang pukul 11.40 dan kitorang dapat 5 ekor ikan gelama dan satu ekor ikan tanda.

Tiba-tiba, kami ternampak ada kelibat putih terbang dan berhenti di atas air dekat dengan tempat lontaran pancing. Kelibat putih itu terus menghilang dengan perlahan ke dalam air. Loceng mula berbunyi pada joran Wan. Kelihatan kelibat putih yang lebar dan besar tu betul-betul tersangkut di joran Wan.

Kami semakin berdebar kerana masih tidak jelas apakah kelibat putih tersebut. Wan cuba mengarau tali pancing pada jorannya.

"Beratnya! Weh.. Aku rasa ni bukan ikan la. Bergegar lain macam." kata Wan.

Angin pulak tiba-tiba bertiup sedikit kencang menyebabkan Wan makin sukar untuk mendaratkan apa yang tersangkut dekat jorannya. Aku dan Arib semakin gelisah dan kami fikir lebih elok untuk putuskan saja tali pancing Wan.

"Takpe. Aku nak tengok apa benda sebenarnya ni." kata Wan lagi.

Semakin lama semakin dekat kelibat putih tersebut ke arah kami disebabkan tarikan joran Wan. Memang agak jelas, lebar dan menyeramkan kelibat putih itu timbul di permukaan air.

Aku dan Arib mengundurkan diri naik ke tempat yang lebih tinggi daripada Wan. Wan dengan berpeluh dan mulutnya terkumat kamit membaca doa semasa mengaraukan tali pancing.

"Woii!"

"Aaaarrrghhh!!" Aku, Wan dan Arib menjerit.

Rupa-rupanya kelibat putih tersebut adalah kain bendera putih yang terjatuh dari bot nelayan yang lalu semasa kami memancing. Hal ini kerana yang menjerit kepada kami adalah salah seorang pakcik nelayan dari bot tersebut.

Dia mengatakan bahawa botnya berhenti dalam 100 meter daripada tempat kami memancing supaya beliau boleh mengambilnya kembali.

Selepas membuang kain yang tersangkut dan memberi kepada pakcik tersebut, kami membuat keputusan untuk balik ke rumah.

Itulah pengalaman yang paling tidak ku duga terjadi semasa memancing waktu malam bersama kawan-kawan.

Sekian, terima kasih.

No comments:

Post a Comment